Hikmah Umur Tua

8:09 AM

Assalammualaikum wbt

Sekadar berkongsi ada tak yang terkena kat kita dan semoga kita sempat berubah kearah kebaikan diri kita

Image result for muhasabah diri

Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? lihatlah dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri..

SATU :
Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah berkurangan.
HIKMAHnya :
Perbanyakkan puasa sunat Isnin/Khamis & hari putih (13hb -15hb) ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda dahulu..

DUA :
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar nak lelap.
HIKMAHnya :
Bangunlah untuk mengerjakan solat2 tahajjud, solat witir & lain2. Barangkali sewaktu muda jarang sekali melakukannya, maka Allah beri kita peluang untuk melakukannya sebelum berakhirnya usia.

TIGA :
Bila tua sudah kurang gemar menonton tv. Tidak ada lagi rancangan tv yang diminati. Kurang berhibur.
HIKMAHnya :
Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca Al-Quran. Mungkin sewaktu muda jarang sekali khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam & tadabbur Al-Quran, paling tidak pun sekali setahun.

EMPAT :
Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu senggang. Anak² sudah dewasa & mempunyai keluarga masing², jadi kita boleh mengurus masa degan lebih bermanfaat. Sisa² usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal² berfaedah yang manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzakh/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis² ilmu, belajar Al-Quran supaya mantap tak cukup kalau sekadar belajar sekali lalu masa kecik² dulu, jinakkan diri dengan bahasa Arab untuk cuba memahami Quran, selama ni kita dok baca tanpa faham, bertalaqi dengan ustaz dan libatkkan diri dengan program yang berfaedah.

WALLAHUALAM. cuba lihat dan nilai diri kita sendiri

Buat Keluarga :
Kamulah yang terpenting dalam perjalanan hidupku

Buat Abang/Kakak serta Adik-adikku..
Maaf ya kalau saya ada silap & salah, samada yang sengaja atau tak disengajakan, samada yang tersembunyi atau yang nyata ....😊

Buat Sahabat :
Jangan lupakan saya, bila suatu masa nanti kita terpisah tolong doakan saya diampuni segala dosa, selamat dialam akhirat dan sentiasa dirahmati Allah ......👐

Buat Yang Tak Sependapat :
Maafkan saya bila selama ini saya selalu salah dimata kamu ......

Buat Yang Sayang kepada Saya :
Saya lebih sayang kepada kamu berlipat kali ganda......

Buat Orang Yang Pernah Menasihati Saya:
Terima kasih kerana anda mengajar saya bagaimana untuk terus Bersabar...

Terima Kasih kepada Semua, Sebab Pernah Berada Didalam Hidup Saya ..........

Maafkan saya seluruhnya & jazakallahu khairan kathira diatas segalanya..... Barakallahu feekum…….

You Might Also Like

1 sudi meninggal jejak

  1. Saya setuju kak, saya perasan perkara ini sedang saya alami sekarang iaitu 2 & 3.. Item 1 sudah mula ada lately..

    Semoga saya diberikan kesempatan utk terus meningkatkan amalan.. Amin.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB