Resepi : Daging Masak Lada Hitam

3:05 PM

Memang dalam dilema bila nak memasak ni bukan dalam bulan Ramadan jer tapi hari-hari yang lain jugak kan.   Mesti nak masak sesuatu yang sedap untuk ahli keluarga dan yang pasti cepat serta berkhasiat.

Jom jengah resepi istimewa yang Umi suka yang diceduk dari resepi mak dan lauk ni la jugak lauk masa dalam selepas 2 minggu berpantang



Bahan-bahan :
1/2 kilo daging - kalau dapat batang pinang lagi sedap - dipotong ikut kesukaan
1 sudu lada hitam *
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 inci kunyit hidup * atau 2sk serbuk kunyit
1 mangkuk air asam jawa

* ditumbuk hingga lumat

Untuk hiasan
1 biji cili masak - dipotong serong
1/2 labu bawang besar - dipotong taji


Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak didalam kuali
  • Tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan kacau hingga masak
  • Masukkan hirisan daging dan serbuk kunyit (kalau tidak guna kunyit hidup) dan dikacau hingga bersalut dengan api sederhana 
  • Masukkan air asam jawa dan setengah cawan air, dimasak sampai pecah minyak
  • Masukkan hirisan bawang besar dan cili masak, dimasak untuk 5 minit dan tutup api
  • Jangan lupa masukkan garam dan boleh dihidang

Selamat mencuba!

xoxo, Umi Fuzy




You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB