Teruja Dengan Template Blog Baru Selepas Rebranding Blog | Alaamdulillah. Akhirnya dapat juga baru baru untuk blog Umi tapi lupa pulak nak buat entri sebab teruja sangat dan masih lagi nak menyesuaikan diri dgn template baru ni almaklumlah template lama tu utk oldskool macam umi kan hehe. Sebenarnya jugak ada beberapa hal yang perlu Umi belajar dari template ni tu yang menyebabkan entri pasal baju baru ni lewat dan maaf kalau Umi tak dapat reply komen sebab perihal komen tu masih perlu suntikan dari Awa..hehe

Terima kasih buat Awa yang sudi siapkan blog tempate untuk Umi walau dengan keadaan mengandung tu dan Umi pulak terdebar-debar tunggu baju baru ni dahlah Umi banyak sikit cerewet nak itu..nak ini la hehe dan sesungguhnya penantian itu suatu penyiksaan kan tapi kalau tengok kat blog Umi ni dah Umi tukar pulak header dia sebab teringin pulak nak header yang simple sebab Umi pun orang yang sangat simple kan.

Masakan Umi tak teruja sebab Umi pun dah tukar url blog Umi dari sweetsourleyra.blogspot.com ke umifuzy.blogspot.my dan mana tau kot kalau dah tetap fikiran doman pun bertukar sebab dah bertahun dok memikir tapi masih tiada noktah hehe

Terima kasih tak sekali lagi buat preggy Awa - KLIK SINI

Dan untuk pengetahuan umum Awa akan mula terima tempahan untuk kerja-kerja edit mengedit ni dan kalau sesiapa berminat boleh terus hubungi Awa di facebook atau email.