Review Novel : Tunggu Dulu Cinta - Ayu Emelda | Ni novel ke 2 yang Umi beli secara atas talian pada harga RM11.92 selepas Semusim Rindu dan baru hari ni berkesempatan nak buat entri berkenaan novel ni.  Umi suka buat ringkasan cerita yang tak ringkas sebab nak bagi pembaca merasa apa yang Umi feel masa membaca novel ni dan lain-lain jugak jadi bertabah la baca sinopsis yang panjang lebar ni naaa


Penulis : Ayu Emelda
Mukasurat : 551
Penerbit : Alaf 21
Rating : *****

"He is cool but cold"

Kisah seorang gadis bernama Nuraivy Sofea yang bekerja di kedai makan terkejut bilamana Uncle Ibrahim bertanya adakah Aivy telah berteman dan dah boleh pulak  mengatakan ingin berjumpa ibu dan ayahnya..haa memang tak keruan la si gadis muda yang terfikir kot2 si pelanggan tetap tu telah jatuh hati padanya. Aivy mula merasa menyesal melayan Uncle Ibrahim yang masih bergaya dan ala-ala George Clooney dan Harrison Ford tu dengan baik selama dia berkunjung untuk membeli makanan dengan mangkuk tingkatnya saban hari. Memang konflik jiwa sarat melanda dengan maki hamun dalam hati si Aivy tapi bila Uncle Ibrahim kemudian mengatakan dia ingin menjodohkan Aivy dengan Kamal anaknya baru lah terasa lega dihati.

Kamal Noah anak sulung dari 4 beradik akur dengan saranan abahnya untuk dijodohkan dengan Aivy setelah melihat gambar Aivy yang seiras kekasih hatinya Suraya yang telah pergi dijemput Illahi. Berkenan sungguh abahnya dengan pekerti Aivy yang pandai memasak dan baik pekerti pada pandangan matanya.

Kisah Aivy ni umpama kisah Cinderela yang punya seorang adik tiri seibu berlainan bapa, Hairee tapi sangat tidak bertimbang rasa walau semasa kecil Aivy menyayanginya dan seorang abang tiri Shark yang sangat kejam malah ayah tirinya Ayah Din pantang Aivy silap sikit atau Hairee mengadu pasti teruk Aivy dipukul tanpa belas kasihan.

Puan Aini ibu Aivy pun berkenan melihat Kamal yang turut datang sewaktu merisik dah berharap Aivy dapat menerima Kamal yang dikiranya boleh menjaga anak dia kelak tapi malang sekali Ayah Din membantah disebabkan kepentingan peribadi kerana kalau Aivy berkahwin bukan mudah dia nak dapat tukang masak yang sehandal Aivy dengan gaji yang kecil.  Disebabkan itu jugalah Aivy yang punya segulung ijazah tidak dapat mencari kerja lain melainkan membantu di kedai makan. Malah Aivy sendiri belum bersedia untuk berkahwin.

Aivy menerima pelawaan Kamal untuk bertandang mengenalinya dan adik beradiknya bertemankan sahabat karibnya Jinny terpikat melihat kekacakan Kamal Noah buat pertama kalinya...Umi dapat bayangkan mmg dropping jaw gitu..haha.  Aivy turut dikenalkan dengan Iman Mikail yang dipanggil Mika, Rayyan Ismail aka Ray dan si bongsu puteri Fitra Fatimah yang dipanggil Fifa dan Aivy diterima baik oleh kesemua adik beradik Kamal dan sememangnya keluarga Uncle Ibrahim ni cukup baik budi pekerti dan golongan yang berada.

Hidup Aivy bertambah terseksa bila Shark menuduhnya mencuri duitnya dan dia teruk dipukul Ayah Din membuatkan Aivy menerima lamaran Kamal selepas memikir semasak-masaknya utk masa depan dia.  Kejadian Aivy diserang Shark ketika bershopping bersama adik beradik Kamal membuatkan Kamal menerpa ke rumah Aivy dan terbongkarlah rahsia Ayah Din telah meminta 50 ribu ringgit sebagai hantaran dan Kamal sanggup menambah sekiranya tidak cukup tapi Ayah Din harus pastikan tiada sesiapa yang menyakiti Aivy langsung...fuhhh beruntungkah Aivy?

Dimalam perkahwinan sekali lagi mengundang tanda tanya bila Kamal mengalami demam panas dan mengigau serta menyebut nama Suraya..siapa Suraya? Sungguh kelakar bila Aivy boleh terfikir Suraya tu nama arwah ibu mertua...namun bila ditanya siapa Suraya kepada mertua dan adik2 iparnya tiada jawapan.  Konflik jiwa melanda dengan pelbagai persoalan berkenaan Suraya terjawab akhirnya tapi tetap menjadi konflik jiwa seorang isteri kerana Kamal seakan tidak boleh melupakan Suraya. Semakin berkocak jiwa siisteri bila ber honeymoon ke Paris pun Kamal mengajak adik beradiknya dan Aivy pulak menginap dibilik bersama Fifa dan bukan dengan sisuami..hadoiii.

Shark si abang tiri memang tak pernah padam marahnya pada Aivy dan sedaya upaya menyakiti Aivy sampailah Kamal melatih Aivy seni pertahanan diri dengan latihan yang keras.  

Kehadiran Khairy bekas kekasih hati Aivy mengundang masalah dan pergolakan dalam rumahtangga Aivy dan Kamal.  Kemunculan Khairy sewaktu Aivy menjaga anaknya mengundang prasangka Kamal ditambah pulak dengan tohmahan Shark mengatakan Aivy dan Khairy punya anak tidak sah dan akhirnya menoktahkan rumahtangga Aivy dan Kamal.  Aivy dengan perut yang kian membesar pergi jauh membawa hati lara dan hati yang hancur kerana sisuami tidak mempercayainya.

Pertunangan Jinny menemukan Kamal dengan zuriatnya Benji yang saling tak tumpah wajahnya dan pertemuan Kamal dengan Khairy merungkai segala salah faham dengan Aivy menjadi mangsa. Kamal menyesal dan memohon maaf tapi hati Aivy masih sakit namun kejadian kemalangan yang membuat Aivy meraung hiba kerana menyangkakan itu adalah suaminya menunjukkan dia masih sayang pada Kamal. Akhirnya kasih bertaut kembali.

Cinta perlukan pengorbanan
Cinta menuntut kejujuran
Cinta mengharapkan pengertian
Cinta mengajar erti kasih sayang
Cinta adalah kehidupan
Kerana tanpa cinta manusia sebenarnya tidak punya jiwa

Nota : Dalam kehidupan suami isteri, kesefahaman, bertolak ansur, saling mempercayai adalah kunci kearah rumahtangga yang bahagia juga menerima siisteri dan sisuami seadanya serta bersama-sama menempuh rintangan dan cabaran dalam kehidupan.  Wallahuallam

Apa yang menarik dengan cerita ni yang diselitkan bait-bait lagu favorite Umi, All of Me nyanyian John Legend yang memang romantik habis..hehe