Tiada Cukai buat warga Malaysia disemua hotel

1:30 PM

Image result for no tourism tax for Malaysian


Semalam penuh message kat whatsappgroup para travel agency berlesen pasal pengumuman dari Dewan Rakyat yang dibuat oleh pak menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz yang warga Malaysia adalah dikecualikan dari kena cukai di semua hotel yang depa buat tempahan tak kira la hotel mewah atau taraf takde bintang tu.  Sebelum ni dia dok cakap kena cukai bila menginap di hotel walau taraf bajet dan keatas...semalam ni lain pulak..baguih la noo. 

Walaubagaimanapun para pelancong luar akan dikenakan cukai sepertimana yang diwar-warkan tu.  Tapikan bagi Umi tetap la kita akan kehilangan pelancong atas banyak faktor tapi biarlah Umi malas nak nyatakan sebab rasanya semua sedia maklumkan dengan penat nak fikir tentang pihak tanpa lesen yang menjual pakej pelancongan..ya la yang berisiko bukan kami tapi orang yang membeli...semua tu terletak atas tanggungjawab sendiri *sighh

No automatic alt text available.

Pada 25 Julai negeri Selangor dah tolak cukai pelancongan ni sebab akan menyebabkan kesan negatif dan tidak sesuai malah akan melembabkan ekonomi negara terutama dalam bidang perhotelan dan hospitaliti.

Apa itu Cukai Pelancongan?
Cukai Pelancongan adalah caj tambahan yang dikenakan keatas pelanggan untuk penginapan dihotel dan tambahan keatas cukai perkhidmatan 10% dan GST 6%. Pihak Kastam mengesahkan yang cukai pelancongan akan dikira berdasarkan rating hotel - dari 5 bintang ke bajet hotel

Berapa yang pelanggan kena bayar?
1. 5 bintang - RM20/malam/bilik
2. 4 bintang - RM10
3. 1 - 3 bintang : RM5
4. 1 ke 3 Orkid - RM2.50
5. Bajet - RM2.50

Mungkin ramai tak tahu dan mesti tertanya apa tu Orkid?  Selain rating yang dikenali antarabangsa pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah memperkenalkan Orkid sebagai rating yang menunjukkan jenis penginapan bajet.

Tarikh perlaksanaan cukai pelancongan ini dikatakan akan bermula pada 01 Ogos 2017  dan ada akhbar yang mengatakan ini belum diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan si menteri menafikan. Okay..tak nak bercerita kisah lanjut..simpan jer na

Jadi kita tunggu jer la kot2 ada perubahan dan mana tau kot sebaliknya.

You Might Also Like

20 sudi meninggal jejak

  1. baguslah tak dikenakan cukai ni. sebab macam2 cukai pulak yang perlu dibayar rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul..kita ni kena byr cukai itu ini dari pelbagai sudut...mmg sadiss kan

      Delete
  2. Huhu... selepas dibantah oleh ramai pihak, akhirnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bagus kan tapi lepas ni timbul la pulak cukai lain..seriously diaorg ni mcm x buat kajiselidik..ikut kepala dan ikut suka jer..hehe

      Delete
  3. Akhirnya. Kalau x, org prefer duduk homestay je lah kak. Dah lah suruh melancong dlm negera, lepas tu kena cukai pelancongan pula. Mmg lah rakyat bising. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa mmg tu kita kena divert tapi quality homestay kita pun ada yg tak de quality jugak..kesian kat kita..kiri salah..kanan pun salah..

      Delete
  4. Bagusla kan....kalau mahal xde orang nak tido hotel nnt...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..selesai satu perkara..harap2 jgn pulak dibuat perlaksanaan lain pulak dah la..

      Delete
  5. Ramai yang bantah isu ni kan. Nasib baik xjdi dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..harap tak de lain isu pulak kan

      Delete
  6. yes dengan adanya benda ni tak kiralah kita kena bayar ke x.. CT yakin industri perlancongan akan sikit terganggu..

    ps : CT dah follow sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sikit terganggu tapi banyak kot..huhu

      Delete
  7. masa dengar cukai perlancongan akan di kenakan terus cakap dekat suami rasa nya kena batalkan hajat nak bercuti-cuti hahaaha.. yelah sebab tempat nak pergi bukan ada rumah sedara-mara mesti kena duduk dekat hotel kan , walaupun orang kata hotel bajet banyak , tapi nak kena tengok jugak hotel yang macam mana..kawasan hotel macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..walau hotel bajet banyak tapi lokasi utk cari makan..keselamatan tu pun penting kan

      Delete
  8. kan mula cakap semua kene, then pelancong plak. macam2 la kan. harap betul2 tak kene pada rakyat sendiri lepas ni

    helloaiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelancong pun dh berkira nk datang..rakyat mmg sah2 kena part yg lain pulak kan..

      Delete
  9. Alhamdulillah Kak Fuzy, harap berterusan dan tiada sebarang pindaan..

    ReplyDelete
  10. Elokla kalau tak kena...banyak sangat cas tersembunyi...haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berharap tak de tambahan yg tu yg ni...mmg dh makin terkesan dgn situasi ni

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB