Rahsia Penanam Pokok Thailand terbongkar

11:30 AM

Sesiapa saja pun mesti suka tengok kalau tanam pokok limau kasturi berbuah lebat kan walhal cuma tanam dalam pasu jer dan tadi Umi dah berjaya membongkar rahsia..hehe bukan Umi yang bongkar rahsia tapi dah jumpa rahsia ni yang dicopypaste dari dalam blog Sinar FM.  

Jadi apa kata kita cuba cara ni kot2 menjadi kan dan Umi yang punya tanah sekangkang kera tu pun tercuit hati nak cuba juga tau.

Psst...ke Umi yang lewat tau? hehe.  Better late than never kan!
ini rupanya rahsia pekebun thailand nak pohon berbuah lebat
fuhh kalau dapat berbuah cam ni memang kuruih la Umi haha

ini rupanya rahsia pekebun thailand nak pohon berbuah lebat
mudah sungguh bahan-bahan tu kan..

Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda

Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali

You Might Also Like

8 sudi meninggal jejak

  1. WAH...SNG JUGA YE BUATNYA UMI...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah lebat gitu sekali jadinya.. bagusnya Cara ni

    ReplyDelete
  3. wow saya guna baja macam2 jenis dah tapi daun je lebat. Buahnya naik tapi kecut balik. Mungkin boleh try baja ni. Thanks share. :D

    ReplyDelete
  4. sila buat...nnt boleh sedekah sikit buat jeruk

    ReplyDelete
  5. Nak tanya ni.

    10 ml pati bersama 20 Liter di sembur kat dau ke. Bukan disiram kat akar.

    Sukatan tu untuk berapa pokok.

    Thanks.

    ReplyDelete
  6. Entry yg lain nanti saya baca.

    ReplyDelete
  7. Wow !!!!! pokok limau kasturi berbuah lebat yer ...

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB