Rahsia Penanam Pokok Thailand terbongkar | Sesiapa saja pun mesti suka tengok kalau tanam pokok limau kasturi berbuah lebat kan walhal cuma tanam dalam pasu jer dan tadi Umi dah berjaya membongkar rahsia..hehe bukan Umi yang bongkar rahsia tapi dah jumpa rahsia ni yang dicopypaste dari dalam blog Sinar FM.  

Jadi apa kata kita cuba cara ni kot2 menjadi kan dan Umi yang punya tanah sekangkang kera tu pun tercuit hati nak cuba juga tau.

Psst...ke Umi yang lewat tau? hehe.  Better late than never kan!
ini rupanya rahsia pekebun thailand nak pohon berbuah lebat
fuhh kalau dapat berbuah cam ni memang kuruih la Umi haha

ini rupanya rahsia pekebun thailand nak pohon berbuah lebat
mudah sungguh bahan-bahan tu kan..

Rahsia Penanam Pokok Thailand terbongkar

Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda


Cara-cara:

1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering

2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas

3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali

4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan

5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur

6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali