Assalammualaikum,

Hari Khamis lepas Umi hadir ke majllis Amazing Thailand Road Show anjuran Tourism Thailand (TATKL) di Hotel Pullman KLCC dan pertama kali dibuat disebelah petang jadi waktu pagi tu pulun la buat kerja dan proposal yang tertunggak ^ ^ Majlis TATKL ni suatu kemestian sebab ia salah satu acara untuk meraikan para agen pelancongan berdaftar untuk mengetahui apa yang terkini dan product apa yang akan diperkenalkan majlis ni a must go dan penting sebab Thailand ni destinasi pilihan rakyat Malaysia sebab dekat dan agak murah la jugak kami agen2 berdaftar ni dapat bertemu kawan-kawan dalam bidang yang sama dan sales rep dari negara gajah putih ni.


gambar berkumpulan yang wajib ada...nampak tak kat mana Umi hehehe



Sesi B2B oleh TAT yang sebelumnya di Berjaya Times Square ...klik SINI


Rasanya tak berapa meriah acara kali ni sebab dekat bilik sebelah ada acara dari cruise yang malas Umi nak join hehe..selective kan..sama penting tapi kalau dah asyik ke acara macam ni bila nak buat kerja?

Kali ni ada sedikit kelainaan kerana pihak TAT menjemput seorang pensyarah dari sebuah uni kat sana utk membantu menaikkan rating kedatangan pelancong ke Thailand dan jenuh pulak kami nak berfikir dan berbincang dengan team untuk bagi input apa yang perlu ada kat sana untuk menambah kedatangan rakyat Malaysia bercuti ke Thailand..akhirnya selesai la jugak dan kemudian sesi B2B yang berjalan lancar.

Selain para wakil agen pelancongan, pihak TAT juga menjemput wakil dari majalah dan blogger..hehe tak ingat siapa nama dak tu pulak..

Jam 1830 dah selesai dan masa untuk makan malam dan bila buka jer pintu dewan...hah..tak ada meja bulat..tak ada kerusi..yang ada barisan makanan ala buffet atas meja dan beberapa meja cocktail tak sampai sepuluh buah...ishh nampak gaya memang kena makan berdiri..dah la masa welcome coffee seperti biasa kat mana-mana event pun berdiri tapi dinner pun sama...dh kenapa? tapi jangan la nak rungut sangat kan..makan lebih santai dan ada jugak yang siap duduk bersila kat lantai lagi..tapi kalau Umi dah bersila mmg tak la nak gi ambil makanan lagi.

Waktu tengah sedap melayan nasi goreng cina dengan ayam tetiba diumumkan cabutan bertuah..pelbagai pakej dimenangi sipolan dan sipolan..uhh..tapi bila diumum pemenang pakej 3 Hari 2Malam Krabi dimenangi oleh Kak Yang...terus rasa kenyang sampai lupa nak ambil gambar dia waktu menerima sampul percutian tu.. haha dan KY pun sengih memanjang ler...memang rezeki sungguh KY ni..Alhamdulillah.

ada 2 pemenang! seorang mak buyung dan KY bila asyik dok menang..Umi tak heran sebab boleh dapat free pun..haha dan 3 orang jejaka hensem2 belaka tu 
sesuatu yang istimewa di bulan Ogos buat semua pelancong wanita..separuh wanita..ala-ala wanita tu tak masuk ya...nak tau lebih lanjut sila layari Women Journey Tourism Thailand

antara attraction kat pertunjukkan pentas kat Pattaya yang diilhamkan dari kesusateraan Thai yang sangat menarik untuk ditonton selama 90 minit
Ok..kot2 kalau nak pakej bercuti ke Krabi ke, Phuket ke Chiangmai,Chiangrai ke sila la WA jer kat 019-225 6994 atau 012 2464170 (Whatsapp jer tau).