Tomyam Ayam

11:25 PM

 Jom memasak..



  • 1/4 ekor ayam - potong kecil
  • 3 biji cili padi
  • 4 helai daun limau purut - buang urat daun tengah
  • 2 sudu perencah tomyam
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 biji tomato
  • pelbagai sayuran - saya gunakan carrot & caulifower
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1 cm halia - ketuk
  • 1 cm lengkuas - diketuk
  • air secukupnya
  • gula dan garam 
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sudu susu pekat (SSL tak bubuh pun)

Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 - 9 biji cili merah - sesuaikan pedas menurut selera
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai

Cara Membuat Tomyam Ayam Pekat

1. mula-mula panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan harum. masukan perencah tomyam dan gaul hingga sebati. 

2. masukan air kedalam periuk dan masukan pula ayam dan bila ayam agak mulai masak masukan lengkuas, serai, daun limau purut serta halia 

3. Masukkan bawang besar dan sayur. biarkan sekejap.

4. perah limau kasturi dan ambil airnya kemudian masukan gula, garam secukup rasa dan tomato.  Biarkan dalam 5min dan tutup api

4. Akhir sekali, masukkan kedalam mangkuk dan makan dengan nasi putih panas-panas.

selamat mencuba
















You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB