Resepi : Sos Thai Dipping yang sedap baq hang!

10:36 PM

Pepagi bangun cik lalink dh tanya breakfast apa kita? huhu ingat nk memalaskan diri tp bila dh ditanya tu aduhaii kena la buat breakfast...fikir punya fikir...kemas punya kemas stok ada la sebungkus spagetti dan teringat pulak hari tu Kak Yang buka tin sos pasta tp sbb nak masak carbonara mana leh guna kan.  So pagi tadi buat spagetti dengan bolognese je.  Settle dah mengenyangkan semua ahli LeyRa ni kan.

Lunch pulak dah tahu dah nak masak apa kan...menu simple jer untuk lunch 1. Sup tulang ala Thai, 2. Ikan cencaru sumbat 3. Asparagus sambal belacan dengan udang tp tetiba cik lalink pulak cakap tadi dia ada post resepi Thai dip hurmm nampak gaya dh tambah la menu ni adoiii tp bila tengok mmg simple giler la resepi tu dan nampak lazat dan boleh bikin leleh ayaq liuq gitu.

Bahan2nya : 8 biji cili api, belacan dalam 1inci dibakar, gula kabung atau gula gerek, 3 ulas bawang putih, sos ikan (nampla) dan sebiji limau.  Kalau ikut resepi tu ada terung pipit tp kat rumah SSL tak de sbb mmg x minat terung tu sbb rasa dia pelik kot ㋡ hehe

Cara2nya : Tumbuk cili dengan bawang putih hingga lumat, masukkan gula gerek, belacan dan udang hingga halus tp kalau tak nak halus pun tak per sbb sendiri makan sendiri suka la kann.  Kaut dan masukkan kedalam mangkuk dan masukkan sos nampla dan perah limau nipis ikut sesedap rasa.  Walla...dah siap dan mmg terangkat kesedapanya

Tengok pic mmg x berapa menarik sbb SSL guna belacan madu yang bukan warna merah but perhaps next time letak cili api yg warna merah tu pasti meletup kan


Thai dipping sause yang mmg deep rasanya....terbaekkk

ikan cencaru sumbat
Tip : SSL tak perah limau dalam lesung tumbuk sbb nanti boleh menumpulkan lesung tu yang perah limau kat dlm mangkuk jer.

Selamat mencuba

credit utk D'hubby share resepi dari FB Dapur Isteri Perut Suami

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB