Kelam kabut di petang raya

4:00 PM

Lepas sahur dan solat subuh terus ikut d'hubby pergi cuci baju kemudian beli daging kat depan Giant Taman Permata tp tak sampai lagi si penjual tu walau dah 5-6 beratur so sebab nak kejar masa kitaorg beli kat jalan menuju Zoo Negara jer tp komplen gak d'hubby sbb katanya daging dh kena ais uhh ishh tak kisah la kan yg pasti tu daging tempatan.  Rush pulak ke Pasar Keramat utk beli santan...wow oh wow baru jam 6 pagi kot tp kena beratur la jugak dan ramai dh mula berniaga maklumla hari last puasa so ramai yg pergi pasar awal utk beli itu dan ini untuk juadah raya kan..



Malam tadi lupa nak double check kalau kacang utk ketupat pulut ada ke tak..main buat kesimpulan ada so kat pasar tadi tak le beli. Alang2 dah janji dgn mak nak bawa mak ke PPZ utk bayar zakat so apalagi cari la kat kedai...perghh punya la payah..dekat 3 kedai tak de kacang tu..ishh dah gabra dah ni sbb d'hubby ni mmg nak ada kacang tu kalau makan ketupat palas waaaa..sesambil dok fikir nak suruh anak bujang cari kat Pasar Keramat yg mmg pasti ada tp pasti diaorg pun tak tau. Kesian kat mak kena ikut sekali dah la dgn bersibuk nak prepare rendang..mujur Kak Lang ada membantu mak..

Banyak betul stopover hari ni..ke Mefa la nak alter skirt Nur Iman, stop by kat ofis la ambil minyak wangi Dhiya utk Angah dan singgah 99 speedmart cari kacang!

Lepas PPZ singgah ke kedai 1Malaysia, sampai dekat 4-5 kedai pun tak de! hampa sbb patut dh ..beli masa gi Pasar Keramat tu..kemudian lajak ke Pasar Rejang..mesti kat kedai India/Mamak ada...pun tak de...waaa rasa nak nangis dah tp kat pasar cina tu nampak gerai cina yg kecil jual barang2 kering...Alhamdulillah ada....waaaa..waaaa. Penat tapi syukur jumpa gak kacang ni!

Lepas antar mak, terus ke hardware cari dawai untuk rumah mak konon nak pasang utk halang cikti dari masuk...kesian mak abah sbb kat dapur cikti kencing kat dapur dgn balcony pun bau yg sama..

Sampai rumah mak jer...terus pasang dawai dengan the girls tolong cuci rumah dan kemas apa yg patut dan pasang sarung kusyen etc etc sementara chef Ross sampai utk bantu mak masak rendang daging campur paru yang awesome yg memang menu wajib setiap Aidil Fitri sementara Kak Lang membantu kat dapur dan mengemas.  Tengah dok pasang dawai en d'hubby pulak telefon huh so end up buat ler kerja cepat dan pecut la balik rumah.  Sampai rumah en d'hubby tgh mengemas sorang2 erkkk patut la kecoh kan..pastu takut tak sempat buat ketupat la bla bla bla....  Tu la perempuan ni aka cheq ni pandai atur masa bila nak masak bila nak mengemas kan. Maklumla perempuan mmg diketahui boleh buat 2-3 kerja dalam 1 masa dan kalau lelaki cuma boleh buat 1 kerja dalam satu masa cer baca sini

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB