KWSP - berdosa jika tidak menukar ke Simpanan Shariah?

8:20 PM

Bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan mereka sebelum 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion.  Pastu tengok kat pejabat KWSP beratur panjang ishhh...sempat kah kami kat ofis ni..huhu..nanti esok-esok ada kelapangan nak cuba la jugak.  Bila dikatakan berdosa kalau tak tukar ke Simpanan Shariah kenapa pulak kot? so mmg confirm la KWSP mengurusniaga wang simpanan kita selama ini dengan tidak mengambil kira  halal haram? 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.





KUALA LUMPUR – Pencarum beragama Islam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menanggung dosa sekiranya tidak beralih kepada skim Simpanan Shariah memandangkan mereka kini sudah mempunyai pilihan untuk berbuat demikian.

Menurut pakar kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, kelebihan Simpanan Shariah terletak pada kesucian dividen memandangkan ia diperoleh daripada sumber yang halal.
“Dengan pelaburan patuh syariah ini, tidak timbul lagi isu berapa bahagian daripada dividen itu yang harus dibersihkan,” ujarnya.
Beliau menambah, pencarum dianggap tidak berdosa menca­rum dalam Simpanan Konvensio­nal sebelum ini kerana ia bukan pilihan sendiri manakala Simpanan Shariah belum diwujudkan.
Namun, pencarum akan menanggung dosa sekiranya tidak menukar kepada Simpanan Shariah kerana mereka sudah mempunyai pilihan,” tegasnya.

Sangat mudah untuk mendaftar ke Simpanan Shariah KWSP yang telah bermula pada 08 Ogos 2016 dan sesiapa pun boleh mendaftar tak kira Melayu, Cina, India atau sesiapa saja 
1. Bawa kad pengenalan atau passport bagi bukan warga Malaysia
2. Hantar borang permohonan dan pengesahan cap jari di kaunter KWSP
3. Anda akan mendapat pengesahan melalui SMS perihal pemohonan 7 hari sebelum ia berkuatkuasa

Jom klik kat sini untuk keterangan lebih lanjut berkenaan Simpanan Shariah KWSP ni atau penerangan mudah kat sini
Yang sangat-sangat pasti ahli KWSP hanya boleh mempunyai SATU akaun sahaja sama ada Simpanan Konvensional atau Simpanan Shariah. Ahli yang memilih Simpanan Shariah juga tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvensional.

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB