Outing ke Banting - Bagan Lalang - Pantai Morib

10:10 PM

Assalammualaikum wbt

Ahad lepas 15 Jan 2017 kami sekeluarga menjengah Kak Yang kat Banting sebab hari tu hari outing jadi dia boleh keluar berlibur diluar tapi kena balik sebelum jam 7 malam.  Umi pun bangun pepagi memasak Nasi putih, Masak Lemak cili api lala, Daging bersambal, Jelatah kobis bunga, Sambal belacan dengan petai dan ulam gajus untuk jadi juadah tengahhari kat Morib nanti.

Outing kali ni ada 2nd hero yang sudi nak join, Ayong pun nak join tapi sebab kawan sekolej Kak Yang nak ikut so dia cancel lagipun dia boleh la lunch kat rumah Tok Mak dia kan.

Dalam perjalanan tu Kak Yang dok sibuk bermesej bila nak sampai, dah dekat mana la..teruja nak berkelah la tu sebab dah lama betul tak berkelah tepi pantai tapi Pantai Morib tu bukan macam Port Dickson tapi fikir tak per nanti cari port yang bagus utk hampar tikar dan nikmati angin laut.

Sampai di KMS dah dekat jam 1, terus gerak ke Pantai Morib yg jarak hanya 5km dari KMS. Kalau ke tempat yang kami makan hari tu mmg tak de kawasan utk hampar tikar so dhubby slowly drive cari ruang..ada nampak laluan tapi macam tak selamat jer dan kebanyakan kawasan pantai dah didirikan rumah persendirian dan resort..so perjalanan diteruskan dan akhirnya lajak sampai ke Bagan Lalang yang dekat 37km dari Pantai Morib hehe dengan perut yg berkeroncong, tikar dihampar dan acara menjamu selera pun bermula la..









Otw balik tu singgah ler jugak ke Pantai Morib sebab nak stop makan ayam goreng bertepung, sotong goreng bertepung..tu la dhubby kalau untuk anak2 mmg dia sanggup walau penat macammana pun..tu yang anak2 tu mua kekadang tu..


cik selfie...

masih lapar lagi tu sebab kat pantai Bagan Lalang tu berposing saka

mmg sedap la dengan tiupan angin dari arah pantai..
Kalau sesiapa ke Pantai Morib, jangan lupa pekena ayam goreng tepung atau sotong goreng tepung atau ketam goreng tepung dan minum ABC..bukanlan tersangat sedap tapi kombinasi yang terbaik ;D

Otw nak hantar Kak Yang dgn kawan dia, singgah ke The Store kejap nak beli barang2 keperluan Kak Yang dan balik ke KMS untuk Kak Yang kembali ke realiti..hehe

Ok..nak gerak ke rumah abah dan mak sebab malam ni jadual Umi overnite kat sana.  Selamat malam

You Might Also Like

0 sudi meninggal jejak

terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

News Feed 1071

AFB