Membeli Novel Secara Atas Talian | Assalammualaikum. Salam Aidil Fitri 1438H #5Syawal dan hari ni baru ada kesempatan untuk membuat entri sebab Umi dapat inbox message dekat Goodreads yang minta Umi cara nak beli buku secara atas talian atau online ni jadi Umi dengan sukacitanya nak kongsi sebab membaca online ni sungguh mudah dan praktikal
  1. Tak perlu menyediakan almari ataupun library lebih² lagi ruang rumah yang semakin terhad 
  2. Boleh baca secara offline bila² masa dan dimana juga
  3. Boleh baca tanpa lampu sebab baca dari tablett/handphone ni kan cerah semedang
  4. Dapat harga lebih murah, boleh check dulu kot² harganya masih sama atau kurang
  5. Tak perlu beratur untuk membayar dan pembayaran semudah ABC

Dan untuk membeli secara atas talian atau online semestinya harus ada gmail account ya

1. Jengah Google Play

2. Klik Books


3. Dekat Search tu taip  buku yang diingini - contohnya Umi pilih Mr & Miss Troublemaker.  Kita boleh juga membaca Free Sample tapi bukan kita dapat baca keseluruhan mukasurat dan yang pasti kenalah beli sebab dah teruja membaca sebahagian cerita.  

Nota peringatan : jangan tertaksub pulak mcm Umi ni sebab bila membaca ni memang ketagihan dan $$ pun akan menyusut dalam akaun..hahaha




4. Klik Accounts untuk membuat pembayaran.  Bagi yang pertama kali membeli secara online ni bila kita tekan BUY akan keluar minta maklumat pembayaran secara credit card atau debit card yang perlu kita isi.

5. Bila dah beli novel/buku online boleh la nak download untuk kita baca di handphone atau tablett. Yang lebih menarik bila membaca online ni kita boleh juga letak bookmark jadi kita boleh sambung balik di mukasurat akhir kita baca.

Memandangkan Umi dah memang download Google Play di tablett dan handphone boleh jer sesuka hati Umi nak baca kat device yang mana pun.

Nak lebih mudah, boleh la tambah cara pembayaran untuk menyenangkan pembelian akan datang

Dan Umi syorkan korang letakkan rekod novel/buku yang korang baca dalam Goodreads untuk menambah rakan atau berkongsi review dan pendapat kita berkenaan novel yang kita baca tu.

Selamat membaca!