Assalammualaikum semua

Hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa dan mungkin antara kita ni mesti dah kehabisan idea nak masak apa kan.  Almaklumlah bulan Ramadhan ni memang bulan yang paling menyeronokkan sebab masa ni la kita dapat berkumpul sekeluarga untuk makan malam sebab dihari lain memang tak la nak dapat duduk berkumpul sambil menjamu selera diwaktu malam kecuali dihujung minggu tu pun diwaktu tengahhari jadi lebih seronok dapat memasak untuk menjamu anak-anak walau penat selepas balik dari kerja kan.

Ok, jom cuba resepi mudah secepat kurang dari 30 min dari segi penyediaan ke hingga la lauk ni dimasak

Nota : Masak pindang ni sama jugak dengan masak singgang di Pantai Timur

resepi kali ni Umi guna ikan susu yang lemak dan manis


Bahan- bahan
ikan kembung atau ikan lain (Umi guna ikan susu yang sangat lemak)
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai dititik
2 keping asam keping
3 batang cili kering - dipotong 2 atau 3
cili api - kalau suka nak lebih pedas
serbuk kunyit atau
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Cara memasak:

  • Masukkan bawang merah, bawang putih, serai yang telah dititi, asam keping, cili kering kedalam periuk yang berisi air
  • Biarkan air dimasak hingga mendidih
  • Kemudian masukkan ikan dan perlahankan api
  • Terbalikkan ikan supaya ianya dimasak dengan sempurna
  • Tutup api dan masukkan garam dan dikacau.
  • Sedia untuk dimakan bersama nasi panas dan hirup kuah dia yang masam-masam tu...syiokkk


Selamat mencuba

Image result for ikan susu
ni la rupa ikan susu buat sesiapa yang tak pernah tengok ikan ni

xoxo, Umi Fuzy